A Trip To Perak


Assalamualaikum Minna-san,

16 November 2012

Fuyoo, saya ni dah tak update blog untuk beberapa hari sebab pada 16-18 November haritu saya ke Perak dengan family. Dan berita gembira ini telah ku sebarkan pada teman lama ku yang menetap di Ipoh, dengan tak sabarnya lepas sampai hotel je terus contact diorang ni ajak keluar.

Ini Mason, Kenji dan saya.

Waktu ni dah pukul 12 malam macam tu, jalan dekat ipoh kosong takda orang langsung dan biasalahkan ipoh ni punya traffic light punyalah berlambak, jadi dekat setiap traffic light yang kaler merah, kami meng-snap gambar kami didalam kereta.



Disebabkan Mason dah tak larat nak drive, kami stop lah di restoran ini.

Picture credit to Kenji.

Gohoho, saya ni malas nak menaip dah dan kalau nak cerita satu-satu tempat yang kami dah pergi memang takkan habis nak menaip jadi inilah dia. Gambar ni semua di ambil pada 16 November dan 17 November kami ada keluar lagi, tapi gambar takda. Jadi Mason and Kenji, thank you so much for everything and untuk this awesome night juga! Sudah berapa tahun terpisah akhirnya jumpa balik! BTW Mason tengah STPM dan Kenji tengah SPM so GOODLUCK you two 

17 November 2012


 Pada pagi Sabtu ni family ku sempat terbang ke Cameron Highlands, gambar ada banyak tapi malas nak edit jadi ini saja yang ada. Dalam gambar first tu ada saya dan adik. Dan gambar nombor dua tu pula ada adik lelaki ku Hakim.


Gambar di ambil dekat daun-daun teh oleh alongku. Okay, tamat dah. Terima Kasih sebab baca!

Diwali 2012


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Jadi pada 13 November 2012 yang lepas saya dijemput ke open house teman baik saya Sha. Sepatutnya malam tu ada open house di rumah Kelly juga, tapi si Nickie terpaksa balik rumah. Tak dapat nak merasa muruku dekat rumah Kelly...

Kelly jadi duta makanan ni kejap

Haa dan bila cakap pasal Kelly ni, dia ada bagi kami pinjam set baju Punjabi dia! memang best betul, siap dapat pakai benda yang dekat dahi tu lagi (tak tahu nama) dan jangan risau, benda tu hanya untuk tambah bling-bling pada kami sahaja.



Baju dia cantik-cantik betul, kalau tengok saree dia lagi rasa macam nak menangis saja.


Yang sebelah kanan tu tuan rumah, si Sha.


Ni idea Kelly, apa benda kami buat pun taktahu

Ini sajalah gambar kami berempat yang sempat di ambil dan juga yang elok rupanya (yang lain semua fail)

Jadi saya nak ucapkan terima kasih pada Sha kerana menjemput kami ke rumahnya (Sha, tell ur mom thank you juga. Her cooking memang the best) dan terima kasih pada Kelly kerana tunjuk rumah Sha dan juga bagi kami pinjam baju gorgeous ini. Terima kasih pada Nickie kerana jadi driver kami dan terima kasih pada anda kerana membaca post ini

Message to Glory: sorry you can’t come, jangan risau i tak curang. i still love you

Masakan Ku Dan Nickie


Hello there Minna-san,

Right now I wanna talk about Nickie and how much I love to cook for her. Nickie ni memang senang betul, bagi jelah dia makan apa pun semua benda dia masuk dalam mulut. I think kalau I kepal tahi meow-meow  dengan tepung dan goreng pun dia makan juga

And so, sebab-sebab why I love to cook for her:
1.       Masak apa pun dia akan makan.
2.       Susah nak complain except the food betul-betul tak sedap.
3.       Bagilah berapa banyak makanan pun dekat dia, dia akan habiskan semua without a sweat.
4.       She appreciates it like too much walaupun masak megi saja untuk dia.
5.       Dan bila mood dia tengah rajin, dia mesti snap gambar makanan tu dan upload it on facebook and instagram.

Memang comelkan? Dan saya juga pelik sebab walau penat macam mana pun lah diriku ini, bila dia minta masak saja, kaki ni mesti terbangun sendiri dan seret pergi ke dapur. Kadang-kadang jelah ada reject betul-betul.



Ini beberapa gambar yang dapat ku kidnap dari facebook dia.
Saya ni kalau nak kata minat sungguh-sungguh memasak tu takda pun, ini semua masak suka-suka. Dan dalam beberapa bulan ni saya suka buat masakan jepun + masakan melayu + masakan mat saleh. Dan kalau masuk masakan jepun, si Nickie memang suka Tamagoyaki, ini telur yang bentuk petak tu. Dia kalau datang rumah ni sekarang mesti suruh buat telur ni, tak kisahlah pukul berapa pun. Walaupun kalau di Jepun, diorang prefer to eat this Tamagoyaki untuk breakfast but not Nickie, kalau boleh breakfast, lunch, teatime and dinner semua dia nak makan ni. Saya juga sampai terpaksa beli kuali petak khas untuk buat Tamagoyaki...

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas

Click banner to join

Tengok banner dia kelip-kelip dan menarik! Jadi mari join!
Tarikh Tutup : 30 November 2012

Jumlah Follower : 9 kekasih hati sahaja

tag: minna-san

What's In My Coffee.

Hello Minna-san, and so I just started a new drawing request thread in a forum that I’m currently active and so this morning rasa bersemangat lah untuk siapkan request diorang ni but suddenly kemalasan dan mengantuk melanda diriku dan mata ni rasa berat sangat. So i walked to the kitchen and made myself a cup of coffee lepastu jalan balik ke laptop lah.

Dan saya ni duduk dibawah dan masa nak letak cawan ni memang kena tunduk lah kan dan masa bersemangat tunduk nak letak cawan ni tiba-tiba muka ku ini being covered with nescafe dan habis sofa semua kena coffee ni.


Dan rupa-rupanya binatang ni terbang masuk ke dalam coffee ku yang sepatutnya terletak rapi di rambut ku.
Habis patah semua serpih-serpih benda tu ada lagi dalam cawan dan dengan malasnya terpaksalah ku seretkan balik kaki ni ke dapur dan buat nescafe lagi sekali.

Reunion

Minna-san, hello!

Jadi entry kali rasanya nak bercerita lah tentang saya jumpa old classmate pada 07 September 2012 yang lalu.
Bila dapat jumpa minah-minah ni memang gembira sangat lah dan bila fikir balik masa kami dekat sekolah dulu, rasa macam nak menangis pun ada, rindu betul~

Jadi dalam gambar first ni ada Sangee, Kelly, Glory dan juga Nickie dan gambar second ada Sangee, saya, Glory dan Nickie.


Jadi kami berlima duduk lah di cafe ni dan sembang berjam-jam tentang apa pun kami tak ingat. Dan setelah satu tahun kami tidak berjumpa (only Sangee and Kelly) dengar cerita si Sangee ni dah sambung belajar, dia ambil physiotherapy rasanya dan Kelly sekarang tengah on the way nak ambil STPM, jadi mari ucap goodluck pada Kelly! And as for Glory, dalam next year baru dia sambung belajar because tahun ni dia kerja saja tengah kumpul duit dan si Nickie pula sekarang tengah belajar di Segi College.


Bersama Glory dan Kelly!
Ahh, Glory ni memang comel dan perangai dia pun pelik. Suka cakap benda bukan-bukan contohnya macam ayat famous dia lepas dapat makan apa-apa desert “If I die tomorrow I tak regret dah” ya, dia akan cakap macam ni selalunya lepas dia makan cake dan harini juga dia telah merogol beberapa slice cake dan lepastu pula salah seorang daripada kawan kami ni ada juga beli one whole cake untuk Glory since on 28 August lepas birthday dia, jadi diorang nak celebrate sekali lah.


Tapi disebabkan semua dah kenyang, cake ni telah dibuat main oleh mereka tapi masih elok lagi jadi Glory decide to give the whole cake to Kelly dan suruh Kelly bawa balik (also because she bring the cake to us at the first place).

Jadi itulah dia, walaupun kami hanya duduk di tempat ni berjam-jam dan minum banyak air sampai terkencing-kencing, semuanya terasa yang masa cepat betul berlalu. Kalaulah dapat berkumpul macam ni sekali lagi memang bagus sangat!

Dan terima kasih juga pada anda yang sanggup baca entry ini.

Open House, August 2012

Pada 31 August 2012 lepas, adik ku Farah Erina ada buat open house untuk kawan-kawan dia di rumah dan saya pun join sekali lah dengan menjemput beberapa orang kawan datang dan disebabkan dah jemput diorang ni last minute, hanya 3 orang sahaja yang muncul.


Inilah mereka, Glory, Sha dan Nickie. Dan harini juga kami ambil chance buat surprise party untuk si Glory yang umur telah pun mencecah 19 tahun pada 28 August . Penatlah aku ni dengan Nickie lari ke kedai cake untuk beli cake dia, nasib senang nak pilih cake sebab minah ni makan apa-apa cake pun, but her most favorite has to be something yang ada kena mengena dengan chocolate so we bought this Chocolate Moose for her.


Kami keluarkan cake masa Glory sedang rancak bersembang dengan Sha dan disebabkan minah ni sedikit kelam-kabut... actually dia terlampau kelam-kabut  jadi masa kami nyanyi ramai-ramai lagu birthday untuk dia, dia tekejut separuh mati dan terus capai bekas tisu tu dan tutup muka sebab malu. But I saw her teary eyes behind those glasses, tak tahu lah teary ataupun mata dia memang sparkle tapi dia masih terharu lah.


Also if you guys wanna know lah kan, Glory, Nickie and I ni bestfriend. Apa jadi pun kami mesti bertiga. Dan untuk semua gambar ni credit goes to my one and only En. Zarin Anas. Walaupun dia tersalah guna lense waktu ni dan hanya dapat tangkap gambar separuh-separuh, gambar yang dia ambil masih cantik dan bermakna.

Dan terima kasih kerana baca sampai ke penghujung! bye bye bye~

Segmen: Follow Sampai Meletup


Minna-san

Click on banner to join.


Follower ku yang memang tak seberapa 

Jumlah Followers - 1
Target Followers - 50
Hadiah Pilihan - Lomo

Tag: my imaginary followers.

2nd Anniversary Giveaway by QCey


And so I decided to join this amazing giveaway hosted by QC.
Hadiah yang ditawarkan memang menarik hati sungguh!


I would love to have my own custom mini calendar!

Second Introduction

Hello semua, jadi nama saya Diana dan saya ni boleh dikatakan tak le baru sangat dengan blogger ni. Dulu pernah ada satu dua blog tapi lepas tu delete kerana kemalasan ku yang tahap karma ni untuk meng-update blog lama. Jadi sekarang ni mood untuk menaip datang balik jadi harap-harap dapat lah ku buat beberapa kenalan baru dari sini.

Sebelum itu, hendaklah ku beritahu sedikit sebanyak tentang diri ku dan kerana kemalasan untuk menaip panjang-panjang pasal diriku, telah ku pendek kan semuanya dalam bentuk point:

1. Minat melukis
2. Cepat bosan
3. Nak cari kawan baru

habis dah.
Copyright 2013 © Designed by Diana Ayob