Reunion

Minna-san, hello!

Jadi entry kali rasanya nak bercerita lah tentang saya jumpa old classmate pada 07 September 2012 yang lalu.
Bila dapat jumpa minah-minah ni memang gembira sangat lah dan bila fikir balik masa kami dekat sekolah dulu, rasa macam nak menangis pun ada, rindu betul~

Jadi dalam gambar first ni ada Sangee, Kelly, Glory dan juga Nickie dan gambar second ada Sangee, saya, Glory dan Nickie.


Jadi kami berlima duduk lah di cafe ni dan sembang berjam-jam tentang apa pun kami tak ingat. Dan setelah satu tahun kami tidak berjumpa (only Sangee and Kelly) dengar cerita si Sangee ni dah sambung belajar, dia ambil physiotherapy rasanya dan Kelly sekarang tengah on the way nak ambil STPM, jadi mari ucap goodluck pada Kelly! And as for Glory, dalam next year baru dia sambung belajar because tahun ni dia kerja saja tengah kumpul duit dan si Nickie pula sekarang tengah belajar di Segi College.


Bersama Glory dan Kelly!
Ahh, Glory ni memang comel dan perangai dia pun pelik. Suka cakap benda bukan-bukan contohnya macam ayat famous dia lepas dapat makan apa-apa desert “If I die tomorrow I tak regret dah” ya, dia akan cakap macam ni selalunya lepas dia makan cake dan harini juga dia telah merogol beberapa slice cake dan lepastu pula salah seorang daripada kawan kami ni ada juga beli one whole cake untuk Glory since on 28 August lepas birthday dia, jadi diorang nak celebrate sekali lah.


Tapi disebabkan semua dah kenyang, cake ni telah dibuat main oleh mereka tapi masih elok lagi jadi Glory decide to give the whole cake to Kelly dan suruh Kelly bawa balik (also because she bring the cake to us at the first place).

Jadi itulah dia, walaupun kami hanya duduk di tempat ni berjam-jam dan minum banyak air sampai terkencing-kencing, semuanya terasa yang masa cepat betul berlalu. Kalaulah dapat berkumpul macam ni sekali lagi memang bagus sangat!

Dan terima kasih juga pada anda yang sanggup baca entry ini.

No comments:

Copyright 2013 © Designed by Diana Ayob