Tutorial: Hair Colour with Paint Tool SAI


Minna-san, kali ni Diana post tutorial cara macam mana Diana warnakan rambut cartoon kecik-kecik ni.


Macam biasa, ini step-by-step punya tutorial. Dan tutorial ni macam panjang sikit jadi baca betul-betul ye? Kalau tak faham boleh tanya di comment.
Sekarang mari mula!

1. Menggunakan Magic Wand, select lah rambut dia ye.

2. Dan sekarang guna Pen, jangan lupa density kena lah 100% ye?
Minimun warna yang Diana guna selalunya tiga ke empat warna, (1) bahagian terang, (2) sederhana terang dan (3) bahagian gelap.
Warna nombor (1) Diana guna untuk base colour maknanya Diana warnakan one whole rambut guna warna nombor (1). Dan nombor (2) Diana warnakan bahagian hujung-hujung, tapi tak ada lah hujung sangat. Cuma jangan warnakan bahagian terang kita tu. Dan nombor (3) pula Diana warnakan sikit saja dekat penghujung rambut.


3. Gunakan Blur Tool dan blur kan warna kita tadi.
Dan masa nak blur kan warna tu, Diana tak blur kan semua terus, Diana blur kan bahagia 'hujung' warna tu saja. Tu anak panah ada tunjuk. Kira jangan campurkan semua warna, kita nak bagi nampak gradient dia tu.
Sekarang boleh nampakkan, nombor (1) bahagian yang kena banyak cahaya dan (2) bahagian yang tak kena banyak cahaya.

4. Sekarang masa untuk buat shadow. Buat New Layer dan dengan menggunakan Pen, warnakan bahagian hujung rambut sahaja.

5. Lagi sekali, guna Blur Tool dan blur kan macam mana kita buat masa step-3 tadi. Jangan sentuh warna tengah-tengah. Blur kan bahagian shadow kita sahaja.
Sekarang boleh nampak nombor (1) bahagian kena cahaya, nombor (2) bahagian tak kena cahaya.

6. Sekarang masa yang ditunggu-tunggu, nak bagi nampak kesan rambut tu.
Buat New Layer, dan menggunakan (A) Pen warnakan tengah-tengah kepala, itu bahagian akar rambut bermula. Dan warna dia pula Diana gunakan warna yang sama dengan warna shadow kita tadi.
Lepas itu gunakan (B) AirBrush dan tukarkan brush shape dia kepada Bristle dengan brush shape affection kepada 10.
Anak panah kuning itu tunjukkan arah nak warnakan rambut menggunakan airbrush. Letaklah berapa banyak rambut sampai puas hati.

7. Menggunakan Blur Tool lagi dengan Density 60. Blur kan bahagian tengah sahaja itu bahagian akar rambut kita tadi. Dan kalau kesan rambut tu nampak keras sangat, blur kan sikit-sikit lah bagi dia nampak smooth sikit.

8. Untuk bagi rambut nampak bercahaya macam dalam iklan Pantene, Buat New Layer dan tukar mode kepada Luminosity.
Dengan menggunakan Pen dan gunakan warna base kita dalam step-2. Start buat bulatan ini. Anda boleh ubah Density ke 30-35 dan nampak anak panah atas kotak 'Size' tu kan? Itu maknanya anda kena kawal lah tumbesaran bulatan ini sendiri.
Dan cuba tengok sikit anak panah yang ada bintang tu. Itu maknanya jangan sentuh bahagian tu, jangan warnakan dia.


9. Seperti biasa, dengan menggunakan Blur Tool dan kali ini Density ubah kepada 55. Blur kan bahagian bulatan yang 'besar' sahaja, bulatan yang kecil jangan sentuh okay?
Tengok anak panah ada tunjuk.


10. Untuk tambahkan lagi pencahayaan pada rambut. Gunakan Pen dengan warna putih. Dan tambahkan kesan-kesan putih ini pada hujung-hujung rambut. Kalau anda confuse dan taktahu nak letak warna putih ni dekat mana, cari bahagian yang 'terang' itu lah bahagian yang patut anda letak kesan putih ini.

Dah siap! Memang penat menaip, sekarang cuba-cuba lah buat rambut ini ye?

Terima Kasih~


5 comments:

Syamimi_Tahir said...

Dalam laptop ni ada je paint tool sai tapi tak tahu teknik mewarna dengan betul . thanks . sangat membantu !
Comel blog ni

Alya Balqis Studio said...

waa comel rr stail warna rambut dia..leh rr try nnti..t.kasih atas tutornya..

dianaayob said...

@Alya Balqis StudioSama-sama :D

Nanie said...

wahh , comel . saya dah try menjadik . thanks akak ! :)

munirah :) said...

nice tuto . kita buat cara lain sikit ,tapi tak seawesome yg ni :)

Copyright 2013 © Designed by Diana Ayob