Tutorial: Lukis Doodle


Minna-san apa khabar?

Jadi kali ni turn saya pula nak buat tutorial macam mana saya lukis cartoon kecik ini.


Ini step-by-step punya tutorial, kalau tak faham boleh tanya dekat comment dan kali ni saya hanya ajar cara untuk lukis doodle ni. Cara nak colour semua lain punya tutorial lah sebab kalau ajar semua sekali dalam satu masa pening pula nanti kan. Dan nak colour semua orang boleh buat, senang saja. Jadi ini untuk practice macam mana nak lukis dulu.

Dah siap kertas, pensel dan pemadam? Jadi bolehlah mula.

1. Mula-mula buat bulatan macam ni.

2. Buat bentuk/posisi badan yang anda nak.

3. Dan tambah guideline dekat muka.
(Guideline ni untuk kita tahu lah muka dia menghala ke arah mana, kalau titik tengah guideline tu senget maknanya muka doodle ni pun nampak senget)

Sekarang base kita dah siap, masa untuk melukis!

4. Muka
Sekarang mula buat bentuk muka. Tadi kita dah letak guideline, sekarang senang nak tahu kita nak lukis panjang muka sampai mana.
Masa nak lukis bentuk muka ni tak semestinya kita nak ikut saja bentuk bulat yang kita buat sebelum ni, jadi dalam ni saya ada tunjukkan anak panah dekat bahagian-bahagian yang saya dah ubah. Lepas ubah, muka dia ada nampak kecil dan kemas sikit kan?

5. Baju
Kali ni masa untuk pakai kan dia baju. Masa lukis baju, jangan ikut sangat baseline yang kita buat tadi sebab nanti dia nampak keras. Jadi sekarang cuba tengok anak panah yang dekat bawah lengan tu, saya lukis baju tu lebih sikit daripada baseline.
Dan jari pun sudah ditambah pada doodle ni.

6. Rambut
Cuba mula lukis rambut depan dulu dan ikut guideline yang kita buat mula-mula tadi, kira atas daripada guideline tu boleh dikatakan dahi dia lah. Dan masa lukis rambut sama macam kita lukis baju tadi, jangan ikut baseline tu sangat. Anak panah tu dah tunjukkan bahagian yang saya lebihkan.

7. Kaki
Tadi base yang kita buat tu kaki dia besar kan? sekarang dah jadi kecil pulak. Ini saya nak tunjukkan yang anda boleh lukis dua jenis kaki.
1) Kaki  besar
2) Kaki kecil

8. Padam bersih-bersih base yang kita buat mula-mula tadi dan buat guideline pada muka. Kalau taknak buat bahagian ni pun tak apa.

9. Guideline tu untuk guide kita lah mana nak letak mata, mulut dan lain-lain.

10. Padam line yang tak diperlukan dan sekarang sudah siap!


Ini first time punya tutorial jadi Diana betul-betul minta maaf kalau tutorial ni tak bagus yee.

Terima Kasih~

8 comments:

♥ Anis said...

Wah, thank you! ^^ Comel nye

munirah :) said...

alamak ! comey nye !!! :D

Secret Garden said...

Nice tuto! Doodle pun cute! ^^

Rien Rose said...

tq! (y) bagus sgt!

Nabihah Ahmad said...

dulu penah gak lukis aa guideline, tp sekarg ni malas pulak. hihi.. selalu main hantam jer

dianaayob said...

@Nabihah Ahmad wahh mesti dah tahap pro ni! Diana tak buleh kalau tak ada guideline xD

Nabihah Ahmad said...

@dianaayob tak pro lah. akak 1 juta kali lebih pro. skrg ni pun baru nk belajar balik buat guodeline bg doodle seimbang kiri & kanan. hihi :) apepon, doodle akak memang comel ^^ jeles!

nur amila said...

paint tool sai akak download kat mana?

Copyright 2013 © Designed by Diana Ayob