Tutorial: Skin Colour with Paint Tool SAI


Apa khabar semua?
Macam tak percaya saja ada yang baca tutorial Diana ni dan siap lukis sekali tunjuk dekat Diana. Dan sekarang dipaksa untuk update tutorial ni cepat-cepat. Jadi hari ni terus update cara-cara nak warnakan kulit. 


Senang saja ni, jadi mari mula.

1. Mula-mula sekali buat New Layer dan letakkan di bawah layer rambut.

2. Macam biasa, menggunakan Magic Wand. Select-kan semua bahagian kulit.

3. Sekarang gunakan Pen dan terus warna. Sebenarnya anda semua boleh gunakan tool bucket, tapi kadang-kadang bucket tak dapat nak warnakan bahagian yang tersorok tu lebih-lebih lagi kalau lukisan yang ada banyak penghujung tajam macam ni. Jadi gunakan pen saja dengan min size 100%.

4. Buat New Layer untuk shadow dan layer untuk shadow kenalah berada di atas.
(Kalau tak nak buat bahagian ni tak pun apa, tapi dengan ada layer baru senang sikit nak padam kalau salah kan? tak ada terpadam warna base kita tadi)

5. Dengan Pen, warnakan sahaja bahagian yang anda semua rasa patut ada shadow.
Selalu bahagian-bahagian yang ada shadow dekat bawah rambut, bawah jari, lengan baju dan banyak lagi. Fikir logic sendiri lah.

6. Guna Pen lagi sekali dengan Min Size 100% buat dua titik bulat di kedua-dua belah pipi. Disebab lukisan ni kecil jadi Diana guna size berus 16. Ikut kesesuaian sendiri lah nak guna size apa untuk pipi merah ni, kalau lukisan besar tak akan nak guna size 16 juga kan?

Dan Diana tukar line di pipi tu kepada warna putih, itu sahaja. Sekarang dah siap!
Nanti kena update macam mana nak warnakan baju pulak.

Terima Kasih sebab baca~


1 comment:

Nurul Ain Atikah said...

wah....wahh... apapun kita lukis pon tak reti. :D

Copyright 2013 © Designed by Diana Ayob