Warnakan Baju dengan Paint Tool SAI



Minna-san! Jadi kali ni Diana nak update la cara-cara nak mewarnakan baju. Sebelum itu Diana nak minta maaf kalau tutorial ni tak berapa nak best dan cara warna dia pun macam tak berapa nak best juga.
Diana buat tutorial ini base on how i used to color baju lah.
Apa-apa pun, let's start.

Bahagian A
1. Seperti biasa, buat New Layer dan dengan menggunakan Magic Wand, select kan bahagian yang mahu diwarna. Dan sekarang kita start dengan tengah-tengah tu saja, ropol-ropol semua nanti dulu ye.

2. Sekarang Diana guna 3 jenis warna.
(1) warna base, (2) warna sedikit gelap dan (3) warna gelap.
Ingat ni, masa warnakan guna warna nombor (2) dan (3), warnakan bahagian hujung saja.
(sama macam dekat tutorial warnakan rambut)

3. Ini dah sampai part yang best. Ini bahagian untuk kita nampakkan kesan kedut dekat baju.
Nampak tak? Diana ada tambah warna lagi pada sesetengah bahagian baju.
Sekarang gunakan Pen dengan Min Size 0% cuba buat bentuk macam dibawah ni:-

Ini Diana gunakan warna nombor (2) dan nombor (3). Anak panah yang ada bulatan tu maknanya anda semua kena mulakan mewarna bahagian ni dari pada hujung.
Cuba tenung gambar ni dan faham kan ye.
(kalau tak faham tanya saja, jangan malu-malu)

4. Dan sekarang buat layer baru dan tukarkan mood kepada Luminosity. Dengan menggunakan Pen dan warna nombor (1), tambahkan warna pada kesan kedut macam dekat bawah ni:-

Letakkan warna ini pada atas warna nombor (2) macam dalam gambar.

5. Sekarang dengan menggunakan Blur, start blur lah. Cara nak blur sama macam mana cara Diana ajar masa di tutorial rambut.
(A) bahagian yang dah di-blur, (B) belum.
Nampak perbezaankan? Bahagian Luminosity pun Diana blur kan sekali macam dekat bawah ni:-

Nampak halus dah.
(A) Bahagian bercahaya [bahagian lumi tadi]
(B) Bahagian gelap
(C-1 dan C-2) Bahagian yang tidak perlu diwarna. Jangan cuba sesekali pun drag blur tu sampai ke tahap ni ye, nanti tak nampak perbezaan warna.

6. Sekarang nak bagi ada detail sikit. Guna warna nombor (2) dan Pen. buat shadow dekat bawah tali ni.

Sekarang dah siap Bahagian A. Mari mulakan dengan Bahagian B pula.
Tapi sebelum tu tekan CTRL-D untuk kita unselect apa yang sudah di select masa di Bahagian A.

Bahagian B
1. Buat New Layer dan select bahagian ropol-ropol guna Magic Wand.

2. Diana guna dua warna dekat sini. Dan warnakan macam biasa lah.
Warna terang sebagai base dan warna gelap sebagai shadow.

3. Blur kan dia guna Blur Tool.
Ulang step yang sama pada bebola kecil dekat tali tu.

Sekarang dah siap!


Selamat mencuba!

p/s: kalau nak skip buat bahagian kedutkan baju tu boleh saja. Lepas buat Step 2 terus blur kan warna dia.

3 comments:

Nurul Ain Atikah said...

excited sangat nak tahu cara membuat mata kawaii macam diana buat. :D

dianaayob said...

@Nurul Ain Atikah haa nanti kalau ada masa Diana buat tutorial ye ^^

Afifah Hayati said...

nk tanya sikit .. yg pen tu , bila saya buat kenapa hujung dia x jadi tajam ?? saya dh ikut semua arahan

Copyright 2013 © Designed by Diana Ayob